Assalammualaikum!

Assalammualaikum!

Thursday, 16 April 2015

Kesian Hati Aku

Assalammualaikum..

Nasib badan..
Selalu ja dapat masalah..
hati ni tak lekang dari disakiti manusia..
mata ni tak henti menangis sebab hati sakit..

Manusia ni memang sukar difahami & tak mahu memahami..
Anis dah cuba terbaik..
Tapi tahla...Anis dah mengalah dengan takdir..
Anis dah lelah...

Anis berikan org lain kebahagiaan,
berikan senyuman...
tapi mungkin belum sampai masa anis akan disenyumkan dan dibahagiakan..
mungkin...tak akan...

Mulut dan mata boleh menipu...
tapi hati...
Allah sahaja maha mengetahui...
Bila anis sendirian...
Baru anis tahu...hidup anis kosong...

Sangat kosong...
Tapi anis bersyukur...
Walaupun dia cuba bahagiakan anis..
tapi dia tak mampu tipu anis...
Anis tahu...dia cuma mencuba
dan sebab simpatikan anis...

Soalanku...
sampai bila kau nak berpura2 syg...
andai kau tahu blog ni...

Sabarlah wahai hati...
semuanya akan sempurna...
andai kau bersabar wahai hati...

Friday, 6 March 2015

Ditipu..

Assalammualaikum..

Anis sedih..
Anis ditipu selama sebulan..
Anis cuba jadi yg terbaik..
Tapi dia masih ingat dekat EX dia

Apa boleh anis buat
Anis berdoa sahaja
Dia dah janji & sumpah tak akan ingat dengan ex dya tu
Tapi tahla,
Hati anis dah penat
Dah terlalu penat mengharapkan kasih lelaki

Anis cuba tersenyum depan dia
tapi anis tak mampu jugak nak simpan air mata
anis takot
anis akan ditipu lagi

Bagi anis semua lelaki sama sahaja pemikiran dorg
sukar difahami & sukar dipenuhi
semua yg dia nak anis buat, anis bagi...
tapi masih belum cukup untuk penuhkan kehendaknya

andai tiada jodoh...
anis memang nekad tak akan percaya mana2 lelaki
anis akan bawa diri..
anis dah penat jaga hati lelaki...
akhirnya anis tak juga dihargai..
anis tak layak mungkin... 

Sunday, 22 February 2015

Masa Silam

Assalammualaikum

Anis tak tahu mana nak cerita masalah anis
mungkin di blog ni saja..
Anis berkenalan dengan seorang lelaki ni
Dia baik, kacak & jujur

Anis bukanlah dari latar belakang pendidikan 
agama yang bagus dan tinggi
Anis pun pernah tersalah langkah
pernah buat silap

Tapi tak sangka kesilapan anis dulu
Dah menghantui anis
Membuat anis kadang2 rasa serba tak kena
bila dengan lelaki yg baru anis kenal ni

Mungkin dia terlalu baik dan jujur
Anis tak tahu macam mana nak undurkan masa lalu anis
Anis menyesal dengan apa yg pernah jadi dulu
Dulu anis jahil, bukan tak tahu benda tu tak baik
tapi buat juga sekarang menyesal pun tak guna

Anis selalu duduk dengan dia
mesti dia akan cakap dia teringat masa lalu anis
sampai anis pun tak tahu nak letak muka kat mana
then bila anis suruh dia lupakan anis
dia akan cakap benda yg tak mungkin akan terjadi

habis apa yg patut anis buat sekarang
masa silam anis ni menghantui anis
dalam dilema sngat
sebab dia nak bawak anis jumpa mak dia
dia pun takut juga kalau2 ada org cerita pasal masa lalu anis 
kat mak dia dan mak dia tak boleh terima anis

uhhhhhh...!!
buntu! buntu! buntu!
anis sayang dekat dia 
dan anis tahu dia takot family dia tak boleh terima anis
kadang2 anis pulak rasa macam dia berat sangt nak terima anis
umm
dia pun ada cerita masa silam dia
tapi anis tak rasa semua tu anis nak tahu
sebab anis nak kenal dengan diri dia sekarang bukan masa lalu

Anis tawakal & sentiasa berdoa semoga semuanya lancar..
Ameen...

Sunday, 8 February 2015

Buntu Seketika

Assalammualaikum Semua..

Hari ni anis buntu sangat,
Aduh..sahabat anis nih dia dah berhenti kerja..
So anis pulak la kena jadi tulang belakang office..
Boss duk suruh anis pujuk kawan anis ni jangan berhenti kerja,
Tapi nak buat macam mana,
Sebab awal2 kawan anis dah lepas satu ayat...
"FAMILY FIRST"

So sekarang kena cari orang nak kerja,
Anis mmg buntu sangat...
Apala nak buat,
Bukan mudah nak cari orang yg betul2 boleh kerja
Or minat nak cari pengalaman...

Kerja oooohhh kerja...
terseksa hooiii..
Tambah pulak bila jadi org kepercayaan boss..
Susah nak lari..
Hari2 boss tnya kita...hihih

Mintak boss up gaji la camnih...
hahahah... :P
 

Wednesday, 4 February 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalammualaikum 2015

Lama anis tak update blog ni kan...
Tahun ni dah bermula banyak cerita & buku baru dalam hidup anis
 Pasal kerjaya / cinta / kehidupan anis
Semua dah tak sama macam tahun lepas

Rasa tahun ni paling lapang dada buat anis
Alhamdulillah
Mak anis pun cakap anis makin ceria...
Semoga perjalanan bagi tahun ni lancar dan lebih baik

Kisah2 Nabi insyaAllah nanti anis sambung lagi...
Jum anis nak story morry sikit..hihi

Life ni tak macam yang kita harapkan...
Kadang kita suka sangat2 benda tu..
Tapi kita tak dapat..
Mungkin salah kita atau memang kita tak layak...

Kadang benda tu kita benci sangat..
Rupanya dya terbaik untuk kita..
Kita cuba elak..
Tapi akhirnya kita miliki juga walaupun berat...

Tapi sentiasalah percaya pada jalan Allah..
Semuanya telah diatur,
cuma kadang kita tak sedar apa yang jadi...

Apa pun anis sekarang dah bahagia dengan hidup ni..
Anis dah tak kena kongkong
Anis dah bebas buat keputusan anis sendiri
Keluarga pun makin bahagia dengan perubahan anis...

Anis harap tahun ni anis dapat bantu keluarga lebih lagi...
Ameen...
Dan doakan anis cepat2 dapat jodoh...hihi
 Harap dya yg terbaik dalam hidup anis.... :)