Assalammualaikum!

Assalammualaikum!

Tuesday, 11 March 2014

Kisah Qabil & Habil

Assalammualaikum...

Okey...seperti yg dijanjikan sebelum ni...
Anis hari ni nak kongsi cerita anak kembar Nabi Adam & Siti Hawa.
Habil & Qabil...


Sesungguhnya pada kisah2 mereka itu terdapat pengajaran (ibrah) bagi org2 yg mempunyai akal. 
(Yusuf 111).

........................................................................................................................................................

Tatacara hidup suami-isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna,
tatkala Hawa bakal melahirkan anak2nya yg akan menjadi bibit pertama,
bagi umat manusia didunia ini.

Tidak lama kemudian lahirlah 2 pasangan kembar dari rahim Siti Hawa,
Pasangan kembar yg pertama diberikan nama Qabil dan adik perempuannya Iqlima,
Pasangan kembar yg kedua diberikan nama Habil dan adik perempuannya Labuda.

Nabi Adam dan Siti Hawa menerima kelahiran keempat putera-puterinya dengan,
gembira dan senang hatinya, walaupun Hawa telah menderita seperti lumrah diderita,
oleh tiap2 ibu yg melahirkan bayi.
Mereka berharap keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak-cucu yg akan,
berkembang membiak untuk mengisi bumi Allah dan menguasainya sesuai dengan amanat,
yg telah diberikan kepadanya.

Anak2nya itu telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan cinta,
mereka semua sudah pun menjangkau usia remaja dan mula memikul
tanggungjawab masing2...
Si gadis membantu ibu mereka dalam menguruskan rumahtangga,
manakala Qabil berusaha dalam bidang pertanian, sedang Habil
di bidang penternakan.

Apabila Nabi Adam melihat anak2nya yg makin menunjukkan
sifat aqil baligh mereka,
lalu Allah telah memberikan petunjuk kepada Nabi Adam
untuk kahwinkan kedua puteranya dengan kedua puterinya.
Maka Nabi Adam telah menyuruh Qabil berkahwin dengan
adik Habil yg bernama Labuda dan Habil dengan adik
Qabil yg bernama Iqlima.

Akan tetapi dengan tidak diduga dan disangka,
rencana yg diputuskan itu ditolak mentah2 oleh Qabil kerana tidak
mahu berkahwin dengan adik Habil, Labuda dengan alasan
Labuda hodoh dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima.
Qabil berhasrat mahu berkahwin dengan adiknya sendiri,
tetapi Nabi Adam harus menjaga kemurnian keturunan dan
menghindari hubungan kelamin yg bebas diantara putera-puterinya.

Lalu dengan bijaksana Adam telah mengusulkan agar menyerahkan
masalah perjodohan ini kepada Tuhan untuk menentukannya.
Caranya ialah masing2 dari Qabil & Habil harus menyerahkan 
qurban kepada Tuhan, dengan catatan bahawa barangsiapa
diantara kedua saudara itu diterima qurbannya,
maka dia berhak menentukan pilihan jodohnya..

Kemudian Qabil & Habil menerima baik cadangan ayahnya,
Habil telah keluar dan kembali dengan membawa seekor kambing
yg paling disayangi di antara binatang2 peliharaannya,
manakala Qabil datang dengan sekarung gandum yg dipilihnya
dari hasil semaian yg rosak, kemudian diletakkan kedua
korban itu di atas sebuah bukit dan mereka menyaksikan
dari jauh apa akan terjadi pada dua qurban itu.

Tiba2 terlihat api besar yg turun dari langit lalu
menyambar kambing, binatang qurbannya Habil
sedangkan karung gandum kepunyaan Qabil
langsung tidak pun tersentuh oleh api dan tetap utuh.
Maka terbuktilah Habil adalah pemenang kerana
qurbannya telah diterima oleh Allah dan
Habil boleh membuat pilihan siapakah yg akan
menjadi isterinya.

.....................................................................................................................................................
Pembunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia & Penguburan Jenazah Habil.

Setelah semua keputusan dibuat,
Habil akan memperisterikan adik Qabil yg
bernama Iqlima akan tetapi Qabil tetap tidak berpuas hati
dengan keputusan yg qurbannya tidak diterima
dan dia harus berkahwin dengan adik Habil
yg bernama Labuda itu.

Lalu tersematlah dendam dan marah terhadap Habil
sehingga wujudnya perasaan untuk membunuhnya
pada kesempatan pertama dikala ayahnya tiada di rumah.

Tibalah disuatu masa, Nabi Adam ingin keluar
untuk mencari rezeki maka disuruhnya Qabil
untuk menjaga keselamatan rumahnya.
Selama itu Adam telah menasihati Qabil supaya
menjaga kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga
supaya terpelihara baik, jangan sampai terjadi hal2
yg mengeruhkan suasana atau merosak hubungan
kekeluargaan yg akrab dan intim.

Qabil menerima pesan dan amanat ayahnya
dia telah memberi jaminan kepada ayahnya
bahawa bila ayahnya pulang segalanya akan dalam
keadaan beres, normal dan menyenangkan.
Tetapi di dalam hatinya terselit niat jahatnya
yg ingin dilepaskan terhadap Habil, saudaranya.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Adam,
Qabil telah bergegas ke ladang penternakan Habil.
Berkata kepada Habil " Aku ingin membunuhmu. Saatnya telah tiba untuk
aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini ".
"Apakah salahku?" tanya Habil "dan dengan alasan apakah
engkau ingin membunuhku?"

Oleh kerana telah terikut2 bisikan Iblis dan
dendam yg teramat terhadap Habil
Qabil telah melihat contoh pembunuhan yg telah
Iblis berikan iaitu terlihatlah
seekor burung yg telah dipukul kepalanya dengan seketul batu.
Maka dibunuhnya Habil ketika sedang nyenyak tidur.

Ketika itulah Qabil telah gelisah dan bingung apabila
melihat tubuh kaku Habil yg lama kelamaan akan busuk
dan mereput.
Tidak lama selepas itu Qabil telah terlihat seekor burung
gagak yg sedang menggali tanah dengan kaki dan paruhnya
lalu menyodok gagak lain yg sudah mati dalam pertarungan
ke dalam lubang yg telah digalinya dan menutupinya kembali
dengan tanah.

Allah S.W.T Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana,
tidak rela melihat mayat hamba-Nya yg soleh dan tak berdosa
itu tersia2 sedemikian rupa maka dipertunjukkanlah
kepada Qabil cara mengebumikan mayat Habil.
Lalu dikuburkan saudaranya itu mengikut petunjuk
yg telah Allah berikan.

Lalu pulangkah Nabi Adam dan bertanyakan
Qabil kemana perginya Habil tetapi
Adam telah menerima jawapan yg sangat kasar
dan Adam telah mendapat kesan bahawa puteranya
yg soleh, bertaqwa dan berbakti terhadap kedua org tuanya
itu telah mati dibunuh oleh Qabil dengan kejam.
Namun Nabi Adam berpasrah kepada Allah S.W.T
dan menerimanya sebagai takdir, seraya
bermohon dikurniakan kesabaran dan keteguhan iman
baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil.

........................................................................................................................................................
Begitulah kisah Qabil & Habil...
Nanti anis cerita kisah Nabi Idris pula..
Insyaallah... :)

Monday, 10 March 2014

Opick - Nyanyian Sepi #Pray4MH370

Assalammualaikum...
Hari ni just nak share lirik lagu Opick-Nyanyian Sepi
Lirik yg begitu menyentuh hati...
Anis berharap kepada semua keluarga
penumpang MH370 bersabar & tabah,
menghadapi dugaan Allah...

Langit bumi jadi saksi setiap detik yang berlalu
Hitam putih gelap terang di alam dunia
Semua wajah kan diuji dengan sesuatu yang dicintai
Harta benda dan segalanya semua kan binasa

Reff:
Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang dipunya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu
Tiada bisa manusia mengulur sang waktu

Bila tiba masa datang maut menjemputmu
Semua yang di mata semua yang cinta
Semua yang dibangga akan hilang akan sirna

Back to Reff:
Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat
Maka dia tidak akan di balas melainkan sebanding dengan kejahatan itu
Dan barang siapa mengerjakan amal yang soleh baik laki-laki maupun perempuan
Sedang ia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk surga
Mereka diberi rizki di dalamnya tanpa hisab

Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian …
 
 

Thursday, 6 March 2014

Kisah Nabi Adam & Hawa

Assalammualaikum...

Jom hari ni anis nak kongsi kisah Nabi Adam & Hawa.




Sesungguhnya pada kisah2 mereka itu terdapat pengajaran (ibrah) bagi org2 yg mempunyai akal. 
(Yusuf 111).
........................................................................................................................................................

Allah telah menciptakan bumi, gunung-gunung,
lautan, tumbuh-tumbuhan, langit, matahari, bulan,
bintang, malaikat (untuk beribadat & menjadi perantara),
Kemudian Allah telah menciptakan sejenis makhluk lain,
untuk menghuni, mengisi bumi, memelihara, menikmati,
mengelola kekayaan yg terpendam di dalam bumi....
Dan berkembang biak turun temurun, waris mewarisi sepanjang masa yg telah ditetapkan-Nya...

Mulalah kekhawatiran para malaikat terhadap ciptaan Allah,
Malaikat khawatir jika makhluk lain itu akan lalai dalam beribadat,
dan akan bergaduh sesama sendiri tanpa disedari,
sehingga merosakan dan menghancurkan bumi Allah...
Sedangkan malaikat sentiasa berzikir, bertasbih, bertahmid,
dan melakukan ibadat tanpa henti....

Allah berfirman kepada para malaikat..
"Aku mengetahui apa yg kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yg mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, karena Allah S.W.T melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya"

Maka diciptakan Adam oleh Allah dari segumpal tanah liat,
kering dan lumpur hitam yg berbentuk...
Setelah disempurnakan bentuknya,
telah ditiupkan roh, ciptaan tuhan ke dalamnya,
dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yg sempurna....

Pada ketika itu,
Iblis telah membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah S.W.T,
para malaikat lain segera bersujud di hadapan Adam,
sebagai penghormatan bagi makhluk Allah S.W.T...
Tetapi...iblis tetap merasakan dirinya lebih agung, mulia dan utama,
kerana telah diciptakan dari unsur api...
Iblis menjadi sombong dan bongkak dan merasa rendah diri,
untuk bersujud hormat pada Adam walaupun diperintah Allah...

Kerana kesombongan & bongkak untuk melanggar perintah Allah,
maka Allah telah mengusir iblis dari syurga dan mengeluarkan Iblis,
dari barisan malaikat dengan disertakan kutukan dan laknat yg melekat,
pada dirinya sampai hari Qiamat dan ditempatkan bersama penghuni neraka...

Iblis memohon agar dirinya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga,
hari kebangkitan kembali di hari Qiamat.
Allah mengizinkan permohonannya..
Dengan beraninya iblis mengancam akan menyesatkan Adam,
sebagai sebab dirinya telah diusir dari syurga dan dikeluarkan,
dari barisan malaikat...iblis akan mendatangi anak2 keturunannya dari,
segala sudut untuk menghasut Adam meniggalkan jalan yg lurus,
mengajak melakukan maksiat dan hal2 terlarang...
Mengoda mereka supaya lalai akan perintah agama dan,
mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh...

Kemudian Allah berfirman :
"Pergilah engkau bersama pengikut2mu yg semuanya akan menjadi isi Jahannam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba2-Ku yg telah beriman kepada-Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yg mantap yg tidak akan tergoyah oleh rayuanmu, walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah"

........................................................................................................................................................

Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam,
yg sebelah kiri di waktu ia lagi tidur sehingga ketika ia terjaga,
ia melihat Hawa sudah berada disampingnya....

Allah telah menempatkan Adam & Hawa didalam syurga,
mereka menikmati segala makanan dan minuman yg lazat2...
Allah berpesan kepada Adam :
"Janganlah makan buah dari pohon ini yg akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk org2 yg dizalimi. Ketahuilah bahwa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan berdaya membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga tercabutlah kebahagiaan yg kamu sedang nikmati ini."

Adam dan Hawa telah didatangi ibli yg sangat berasa iri hati,
iblis ingin menyesatkan mereka lalu dihasut supaya memakan buah,
yg telah dilarang Allah dari memakannya..
Iblis mengatakan bahawa buah itu mampu menjadikan mereka,
malaikat dan akan hidup kekal....
Maka, Adam dan Hawa telah temakan hasutan itu dan,
memakan buah berkenaan...

Adam dan Hawa memohon keampunan kepada Allah,
dan mereka sedar telah melanggar perintah Allah,
mereka menyesal...
Allah telah menerima taubat Adam & Hawa serta,
mengampuni kesalahan mereka....

......................................................................................................................................................

Berfirmanlah Allah kepada mereka :
"Turunlah kamu ke bumi, sebagaian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagaian yg lain, kamu dapat tinggal tetap dan hidup di sana sampai waktu yg telah ditentukan."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi untuk menghadapi,
cara hidup baru yg jauh berlainan dari syurga...
Mereka harus menempuh hidup di dunia yg fana,
dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat,
manusia yg beraneka ragam sifat dan tabiatnya,
berbeda-beda warna kulitnya dan kecerdasan otaknya...

Umat manusia yg akan berkelompok-kelompok,
menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa,
di mana yg satu menjadi musuh bagi yg lain,
saling bunuh membunuh, menganiaya dan tindah menindas,
sehingga dari waktu ke waktu allah mengutus nabi2-Nya,
dan rasul2-Nya menuntun hamba2-Nya,
ke jalan y lurus penuh damai,
kasih sayang di antara sesama manusia,
jalan yg menuju kepada redha-Nya dan
kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat......

....................................................................................................................................................
Begitulah kisah Nabi Adam & Hawa diciptakan dan diturunkan ke bumi....
Nanti anis cerita pasal 2 Putera Nabi Adam iaitu Habil & Qabil....
Tentang "Pembunuhan pertama dalam sejarah manusia"...
Insyaallah....



Tuesday, 4 March 2014

Thank You So Much!! :)

Assalammualaikum Blogs!!

Aniskan, Aniskan, Aniskan....
Sayang sesiapa yg sudi jegah dekat blog,
Luahan hati anis ni...

Huhuhuh
Terharu...
Anis mengaku anis tak ada kawan rapat pun...
Sebab tu media sosial je la jadi teman karib anis,
Semua anis cerita dekat blog jela...

Tak minta popular ke apa...
Just suka nak share pendapat & luahan anis,
Bosan main FB & Twitter...
Hihihi

So try buat blog...
Kalau rasa blog anis ni teruk ke apa...
Komenla yerr...
Anis ok jerr...
Anis terima kritikan yg membina...
Jangan hina2 tau...

Sekurang anis mencuba untuk beritahu semua,
Yg dunia ni bukan kita saja yg tinggal,
Ada macam2 makhluk & banyak perasaan.....
So apa2 cadangan sila komen!!
TQ all !!!



Monday, 3 March 2014

Manusia Bersifat Dengki ;(

Assalammualaikum!!

Anis, tak faham betol dengan kawasan anis duduk,
Kawasan bukan kampung rumah bandar,
Tapi pemikiran kampung gila,
Semua tak suka family anis,
Anis punya mak buat mcm2 tak nak bergaduh...

Tapi dorg tetap tak puas hati myb sebab kami dulu,
Asal tempat lain tak sekampung dengan dorg,
Tapi teruk gila perangai dorg,
Kerja jaga tepi kain,
Kerja nak kutuk2 org tu je kerja...

Ya Allah...Serius anis rasa tak seronok ja duduk dalam,
Kawasan manusia yg ada sifat dengki dengan org lain,
Anis, kesian dekat org tua anisla,
Dorg dah tua, then org selalu cari pasal je...

Anis, mohon sangat org2 mcm ni tolong sedar diri,
Jangan suka nak jaga kain org jaa...
Nak dengki dengan org ja..
Rezeki ka apa semua Allah bagi..

Anis, kalau ada duit insyaallah nak beli rumah baru,
Pindah duduk tempat lain,
Tak suka nak bergaduh2 ni,
Bukan dapat pahala...
Dosa lagi dapat...
Yg dosa lama pun tak tertanggung2 ni kan pula,
Dosa mengumpat org....

Apa2 Allah maha mengetahui segalaNya,
Anis & keluarga sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga kami...
Allahhuakhbar!!

Saturday, 1 March 2014

Nak Pergi Melancong ;(

Assalammualaikum Dunia!!!

Hummmmm...
Nak cerita pasal tempat percutian idaman..
Anis lama tak pergi bercuti,
Tapi untunglah kawan kerja Anis,
Nak pergi bercuti Khamis depan...

Tak apa anis punya rezeki tak sampai lagi,
Ada rezeki anis nak bercuti dalam negeri je,
Pergi genting ke, pulau pangkor or pulau redang!!!
Hahaha
Mesti awesome...
Teringin sangat nak jalan2 jelajah Malaysia...

Anis, kalau nak melancong luar negara nak pergi,
Australia or pergi nak cruise pusing2,
Pulau krabi hihihi...
Berangan jela kan...

Anis ni mana ada masa nak bercuti,
Sedihkan, tak ada org nak bawa jalan2,
Ado pun susah,
So nak buat macam mana tunggu jela ada,
Kewangan yg kukuh insyaallah,
Anis nak rehat puas2,
Badan ni dah keras sangat letih bahu2...
 Sapa yg kerja mcm anis mesti faham penderitaan anis..

Kerja je 7 hari seminggu...
Cuti pun susah nak dapat...
Mcm anis pernah cakap kerja jadi kuli org haruslah tunduk...
Tak guna pangkat tinggi pun,
Semua benda kena buat tapi still KULI
Sekian!





Ya Allah..Indahnya alam-Mu...Insyaallah suatu hari nanti.. :))

Friday, 28 February 2014

Andai Kau Jodohku Yg Ditentukan Allah S.W.T

Assalammualaikum..

Mungin apa yg dirancang tak akan berlaku...
Ketentuan Allah...
Anis betul2 rasa sebak ja,
Air mata degil sangat nak keluar...

Anis sujud dalam setiap solat menitis air mata kedegilan,
Degil, sebab masih berharap cinta yg tak pasti tu,
Anis, tak tahu salah siapa...
Mungkin ni salah satu ujian yg Allah bagi...
Untuk anis kenal siapa dya yg Anis harapkan tu,
Itu rahsia-Nya...

Anis sentiasa doakan,
Andai dya jodohku,
Dekatkan diriku padanya,
Andai bukan jodohku,
Jauhkanla dya dariku,
Hilangkanla aku dari ingatannya....

Satu lagi ujian anis dalam seminggu ni,
Asyik dengar bisikan2,
Then nampak benda2 yg Anis tak pasti,
Anis takut tapi,
Bila jadi mcm tu anis berdoa kepada Allah,
Semoga semuanya selamat....

Anis, tak pernah menyesal dengan kisah lampau anis,
Sebab anis tahu dulu anis jahil,
Tapi belajarlah untuk memperbaiki segala sifat jahil tu,
Minta bimbingan @ beli buku2 ilmiah ada yg dari,
Ustaz Azhar Idrus (UAI) anis dah beli satu...
Alhamdulillah...

Thursday, 27 February 2014

Resepi Omellete Maggie :)

Assalammualaikum Girls & Boys!!

Hari ni jom try resepi omellet maggie
Boleh masak untuk mak & ayah

Bahan2 simple sangat, semua dalam RM20 je,
So jom view bahan2...

1. Maggie yg bungkus tu apa2 je perisa kita nak
2. Telur dalam 6 biji
3. Minyak masak
4. Cili padi / Serbuk cili kalau suka pedas2
5. Perencah maggie jangan buang tu bahan wajib guna
6. Garam
7. Bawang besar

 Langkah pertama!

Rebus 2 paket maggie untuk hidangan 4 org makan
Rebus selama 3 minit saje tau jangan lama2

Langkah kedua!

Sementara rebus tu,
Potong cili & bawang,
Letak bahan ketepi,
Then ambil telur tu basuh sikit ok,
Pecahkan ke dalam tupperware,

Kemudian, 
Pukul telur sampai sebati,
Masukan cili & bawang,
Masukan perencah maggie tu semua tau...
 Sambil tu teruskan sebatikan semua bahan tu
Masukan garam 2 cubit..

Langkah ketiga!

Keringkan maggie yg dah direbus tu dalam 5minit
Bahan semua dah sedia,
Panaskan pan dengan kuantiti 2sudu teh minyak,
Api sederhana saja jangan besar sangat nanti hangus,

Kemudian,
Campur maggie yg dah kering dengan bahan2 tadi,
gaul & sebatikan semuanya,

Bila minyak dah panas,
Guna senduk untuk masukan maggie & telur ke dalam pan,
pastikan maggie tu cover seluruh pan tu,
atau buat apa shape yg korg nak buat...
 then jangan lupa alihkan bila dah masak dalam 5minit je
 Siap semua, 
Bolehla hidangkan dalam pinggan yg cantik2
Then potong ikut kreativiti masing2,
Siap untuk dimakan!!

*Boleh dimakan begitu sahaja or bersama nasi sebagai lauk!!
nyuuummmmm
SELAMAT MENCOBA GUYS!!

P/s :- Ni contoh gambar je la k...anis amik kat google samala camni tapi org selalu panggil "Murtabak Meggi"
 

Wednesday, 26 February 2014

Kecantikan & Kesihatan

Assalammualaikum !!
Hola! Hola! Haiii !
Alhamdulillah...
Masih bernafas...

Humm hari ni topik "Kecantikan Vs Kesihatan"
Hahah...
Kalau nak cantik mesti kena jaga kesihatan dulu kan??
Kalau badan sihat, Insyaallah kita pun cantik...
Tapi kalau badan lemah je sbb sakit..
Mesti tak nampak cantik sebab ada yg kurang dalam badan...

Contohnya...
Anis ni memang kena minum banyak air masak & cukup tidur,
Kalau tak huhuh bahagia muka paling effect,
Nanti naik jerawat merah2 tu,
Mata lesu, bibir kering jerr...
Baru seminggu ni anis dah dapat effect...
Tambah dengan cuaca panas tak panas ni...

So nasihat Anis,
Banyak kan minum air suam 8 gelas,
Tapi kalau kerja ke study bawak bekas air,
Letak depan meja baru niat dahaga je mesti minum,
Kalau tak harapan nak minum sebab tak nampak air tu,
So kalau kat rumah pun sama boleh amal mcm Anis,
 Bawak botol air kemana je dalam rumah...

Sebelum tidur teguk sikit,
Bngun tidur teguk lagi,
Dah mandi teguk lagi,
Sampai buat apa pun mesti nak minum je...
Lama2 kulit tak la kering sangat...
Insyaallah badan sihat...

Then rehat bagi cukup2,
tidur awal kalau hari kerja pukul 11 malam ke,
10 malam ke sabab nanti nak bangun subuh pukul 6 pagi,
Dah mula dengan senaman solat subuh,
Insyaallah sihat badan...

Akhirnya jaga sistem pencernaan,
Maksudnya makan bnyak buah-buahan,
Tembikai, betik, & pisang yg paling basic la,
Kalau tak nanti badan ni banyak toksik,
Hahahah
Mana taknya Mcd, Kepsi & Piza lah...
Bukan tak boleh makan tau, bolehh...

Tapi seimbangkan la yeww....
Selamat Mencuba!!
Tips kulit cantik nanti Anis share....


Thursday, 20 February 2014

Cintan Cintun Remaja

Assalammualaikum!
Hai ! Halo ! Hye !

Nak cakap pasal cintan cintun...
Bukan apa budak2 zaman sekarang sakan je kat Facebook,
Haisyyhh,
Tak kawin lagi dikk dah cium2 kaki,

Tak mau mcm tu...
Tak baikla, kesian mummy kita kalau tengok,
Sedangkan kaki dye kita tak cium,
Nikan pula entah siapa2 yg belum tentu jodohnya...

Bukan nak kata saya ni baik sangat,
Tapi kita sekurangnya kena tahu batas,
Supaya tak jadi fitnah & buruk nama baik keluarga,
 Semoga kita dijauhkan la sifat menfitnah angkara,
Org yg jahil tentang silapnya...

Ingat ye yg menfitnah ni besar dosanya dari membunuh,
Cinta kita sesama manusia biarlah berpatut2,
Jangan melebih2 nanti kita terlupa siapa pencipta kita,
Mohon kepada Allah semoga cinta kita dengan,
Allah S.W.T & Rasullullah kita berpanjangan...

Bukan tak bagi bercinta tau,
Tapi biarlah ada caranya,
Girls ada Bf tu bawa jumpa mak ayah terus,
Baru lelaki2 ni tahu yg kita serius nak dorg jaga kita,

Yg Bf pun sama kalau dah ada niat tu,
Pergi ja jumpa mak ayah Gf then,
Perkenalkan dekat mak ayah korg jugak taw!
Tak baik mainkan hati org...
Bila dah syg jujurla yg kamu ingin memilikinya
Dengan SAH! 




Wednesday, 19 February 2014

Jangan Stress-stress


Assalammualaikum...
Halo! Halo!

Pening kepala lorr,
Kerja ni sampai bila pun tak habiskan?
Makin kita naik pangkat,
Makin bnyak je kerja,

Kadang2 kerja yg bukan kerja kita pun kena buat,
Apa boleh dikata dah kita ni jadi kuli org,
Kadang yg tak syoknya,
Bila salah org lain tapi kita kena teruk2,

Hadooiii,
Time tu rasa nak ja ngamuk puas2,
Then balik,
Hahahah...
Tapi apakan daya kerja makan gaji je..

Jum kita google sat,
Cara2 mudah hilangkan stress di tempat kerja...
http://islam-itu-indah.blogspot.com/2007/11/mengatasi-stress-dalam-islam.html
Mengatasi Stress Dalam Islam 

Bahaya kalau kerap simpan stress ni....
So buat yg selalu ja stress & berduka,
Ingatla Allah S.W.T pencipta kita...
Setiap penyakit ada ubatnya...
Insyaallah... :)

Sunday, 16 February 2014

Sifat Manusia

Assalammualaikum,

Nak bagi tahu...haritu kan anis ada post pasal anjing tu,
Time balik anis nampak serpihan daging dya kat jalan,
Ya Allah,
Time tu tuhan ja tahu hati anis rasa bersalah sangat,
Entah makhluk buta mana yg langgar anjing sebesar tu,

Tak ada mood ja bila ingat anjing tu,
Kenapala manusia ni dilahirkan dengan sifat2 yg kurang kasih syg ni,
Sifat dengki & sombong dengan apa yg ada,
Rasanya manusia ni bnyak ja sifat buruk tu,

Tapi tula bergantung pada manusia tu sendiri,
Nak muhasabah diri atau pun tak,
Teruskan pentingkan diri sendiri tak mau fikir org lain,
Mungkin lebih baik jadi jahil dari segi dunia,

Tapi tak jahil tentang hukum alam,
Agama, dan benda2 yg bernyawa ni,
Terkilan dengan sifat manusia yg makin kurang pemikiran & kasih sayang...
 Semoga pembaca blog ni ada rasa kasih sayang & pencinta alam...
 

Wednesday, 12 February 2014

Hormati Makhluk Lain

Assalammualaikum!!

Rasa ceria sikit harini ntah kenapa,
Hahah Allah ja maha mengetahui,
Tenang pulak hati harini,

Ya Allah semoga aku sentiasa mendapat,
Ketenangan mcm harini selalu & selamanya...
Aminn...

Humm tapi tadi masa on the way nak datang kerja,
Anis ada nampak anjing ni nak lintas,
So otak ni mula la terbayang yg bukan2,
Bila fikir balik dalam zaman serba moden ni,
Ada lagi ke manusia yg betul2 berhati mulia dengan haiwan,

Sesama manusia pun sanggup bunuh,
Ni kan pula haiwan yg tak boleh bersuara,
Mungkin apa anis nampak ni yg sikit,
Tapi yg kita tak nampak,
Allah jer maha mengetahui,

So kita kena berdoala moga ada,
Wujudla perasaan yg nurani & sayangkan,
Kehidupan lain tak semestinya,
Sesama manusia sahaja,
Haiwan & tumbuh-tumbuhan pun kena jaga...
Bumi ni milik Allah S.W.T.
Bukan milik kita...

Muhasabah dirilah..
Moga kita sedar yg dunia ni sementara... :) ^__^

Tuesday, 11 February 2014

Kena Serang Pulak

Assalammualaikum,
Baru 2 hari lepas anis telah dikejutkan dengan benda yg selama ni malas dah nak ambil port,
Jiran anis tu dya polis ok, nama dya kopral zul dari cawangan balai polis gelugor pulau pinang,
Pukul 3.30 petang anis keluar pergi kolej dekat bayan baru,
Sebab ada jamuan Tahun Baru Cina yg di anjurkan oleh kolej,
So habis makan apa semua, anis balik la lebih kurang pukul 4.15 petang...

Anis masuk bilik tukar baju apa semua sambil dengar lagu yg ada dekat radio tu,
Tiba-tiba mak panggil mintak tolong turun sekejap,
Bila anis turun terkejut gila bila tengok yg polis tu dah angkat separuh pasu bunga mak,
Letak depan rumah..
Mak menangisla sebab dya dah tanam pokok tu semua 13 tahun..
 Tapi dorg ni tetiba ja buat hal,
Habis kecohla satu taman, bukan tak malu tapi memang malula saya anak dara,
Yang mak & atok saya dah tua, maksu saya tu OKU...
Saya cuba nak halang dorg semua dari buat mcm tu..

So anak polis tu datang mintak maaf dengan mak saya...
Dan dya cakap ayah dye nak susun balik so thats finela for me...
Saya nak masuk tu ada jiran lain pulak duk bising-bising...
Padahal rumah dya tu selang satu rumah dari rumah anis,

Tiba-tiba dya ungkit yg anis cakap dya tak pandai jaga suami & penyebok,
Hahaha memang betol la sebab time begadoh tu pun dye datang sebok2..
Kalau kita dah memang kaki sebok memang semua benda jadi pun nak ambil tahu,
Tiba-tiba dye datang serang anis..dye datang pukul anis,
Anis, cuba elak la tapi kaki tersepit,
Anis terpaksa guna ilmu yg anis penah janji untuk keselamatan diri bukan untuk gadoh tu,
Untuk pertahankan diri & maruah anis,

Dya cuba nak tarik tudung tu yg anis berang gila,
Jawapannya makan kakila makcik tu,
Bukan nak kata apa...Anis dah luka cedera teruk,
Petang tu anis call makcik anis suruh datang ambil anis,
Kami buat report polis,
 Dan check up so anis akan kemukakan kes ni dalam masa terdekat untuk dakwa

Makcik yg tak sedar diri tu...



Makcik tu bukan nak datang minta maaf tapi lagi minta kaki,
Duk buat report dekat penjaga kawasan taman pasal pasu bunga mak saya,
So kesimpulan tnggu jela makcik oiii surat mahkamah atas dakwaan menyerang sehingga menyebabkan
Kecederaan ringan...
Saman malu & tuntutan kos perubatan sekali...

Beringatla sama kalau nak buat tindakan sekurang2 istighfar banyak2...
Allah tu maha kaya & maha adil....

Thursday, 23 January 2014

Tiada Yang Mustahil

Assalammualaikum!!

Semalam tak boleh nak update...
Geram ceqq...
Hahaha
Ingat blog ni dah kena sekat...
Takot jerr...

Ada kawan nis kena rompak la kat IPOH,
Masuk ne rasa ada 2 kawan nis dari perak yg kena rompak...
Huhuh
Mula ingat nak pergi sana,
Tapi dengar mcm ni semua terus rasa...
Tak payahla kot an...

Manusia ni semua dah pelik2
Baru2 ni kes bunuh adik Syafikah tu,
Kejam betol mak dye pun..
hummm
apa jenis manusiala tak ada hati perut sampai mcm tu sekali.

Cuaca sekarang pun membimbangkan
Sebab dah mcm duduk dekat cameron je rasa,
Sejuk sangat bila malam & pagi2..
Bukan mcm dulu...
Panass je...
Then dengar kata indonesia dah salji...
Then ada berita lagi yg tahun 2015..
Malaysia pun salji!!!

MasyaAllah besarnya kuasaMu,
Allah maha mengatahui apa yg dilakukan...
Kita kena redha sebab setiap kejadian ada hikmah...
Dan setiap kejadian tak mustahil berlaku...
Wallahhualam...
Jom support Penang UnderGround Rapper "LAWANIEGENG"
'HARIAPENANGHARIA'

Friday, 17 January 2014

Girls Note ^___^

Assalammualaikum,
Hi ! Hi !
So ni karangan hamba yg ke-3,
Just nak ingatkan sekarang ni mcm2 kes jadi,
Rompak, ragut, cabul, rogol & paling menakutkan bunuh,
So aweks2 & gadis2 kat luar
jangan ambil mudah je kalau keluar malam,
Balik lewat, guna jalan yg sunyi,

Sebab kita tak tahu yg dalam gelap pun kita diperhatikan,
So jaga2lah, manusia sekarang bukan mcm zaman 40an - 70an
Zaman tu pakai skirt pun dorg tak pandang,
Zaman sekarang yg pakai pakaian menutup aurat pula jadi target,
Contoh nis 2 hari lepas, lepas buat catatan ke-2 tu,
Nis balik kerja, so selalu nis ikut jalan lain yg lebih dekatla,
Tapi jalan tu telah ditutup sebab Thaipusam,

Nis, isi minyak dulu dekat Shell yg berdekatan dengan office,
Then, tiba2 time nis nak gerak rasa mcm ada motor duk follow nis,
Tapi nis abaikan mungkin jalan tutup so,
Dye pun terpaksa guna jalan yg sama dengan nis,
Tapi makin lama, makin pelik je prilaku motor tu,
Sebab, bila sampai traffic light merah,
Dya terus sembunyi belakang kereta atau motor lain,

Nis, try cool lagi then nis slow motor bagi dya potong,
Tapi mengejutkan dya tak nak potong & terus follow nis,
Dalam hati apa lagi, gelabah tahap gabanla,
terus call Encik Abangla...
Encik abang cakap jangan balik terus singgah mana2 dulu,
Tapi kena dalam kampung jugak,

So bila nis dah nak sampai rumah,
Mamat tu mula bertindah agresif dengan cubaan mencuit lengan nis,
Bertanya nis ni dah kawin belum?
Baru balik kerja ka?
Duduk mana?
Duduk dengan siapa?
Ada No telefon tak?

Nis gelabah tapi buat cool, cakap kat dya,
Kenapa ni?
Hg sapa?
hahah tu dia penang kita...
So nis masuk je kampung terus dya kena ambush,
Dengan Encik Abang nis,

Terketar mamat tu,
Dya tu di bawah pengaruh dadah,
Ramai yg ada time tu dorg tanya dya mcm2,
Tapi dya mcm khayal je,
So dorg lepas dya..
Dya naik motor legenda cover hitam / oren,
Nombor plat PHS 295.

Nak kata nis pakai seksi tak pun,
Nis pakai kemeja + sweater kat luar,
Seluar slack, stokin, kain mask & tudung,
Advance galas beg sekolah kat belakang...
Mungkin dya nak samun nis,

Tula pengalaman ngeri nis,
Tapi tak apa nis dah buat report polis,
Dekat balai polis BAYAN LEPAS,
Semoga nis dah tak diganggu mcm tu lagi,
Serius habis satu badan mengeletar takot sangat...

So pengakhiran jom sokong kawan nis ni,
Dorg group underground,
LAWA NIE GENG - Siapa Aku

Thursday, 16 January 2014

Hidup Pasti Akan Pergi

Assalammualaikum,
even rasa tak ada follower so tak kisah,
sebab nak buat ne sebagai catatan sendiri,
huaa...
sudah 21 tahun..

So kenala banyak2 berubah dari bnyak sudut,
Mungkin dulu kita jahat or nakal,
Sekarang kenala lagi matang & berubah ke arah kebaikan...
Allah sentiasa terima taubat kita & mengampunkan dosa kita...

Rasa sayu je bila baca catatan adik Yasmin yg bloggers tu...
Dya dah buat saya ingat yg maut bila2 ja sampai,
Dan semua yg hidup pasti akan pergi,
Cuma kita tak tahu bila...

So kalau kita rasa kita nak bertaubat, jangan lengah2...
Terus melangkah, sebab benda kita buat tu tak salah...
Ok lah sikit je nak luah hari ni hihi..
Semoga mendapat manfaat & sama2 melakukan perubahan demi masa akan datang... <3 <3