Okey...seperti yg dijanjikan sebelum ni...
Anis hari ni nak kongsi cerita anak kembar Nabi Adam & Siti Hawa.
Habil & Qabil...
Sesungguhnya pada kisah2 mereka itu terdapat pengajaran (ibrah) bagi org2 yg mempunyai akal.
(Yusuf 111).
........................................................................................................................................................
Tatacara hidup suami-isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna,
tatkala Hawa bakal melahirkan anak2nya yg akan menjadi bibit pertama,
bagi umat manusia didunia ini.
Tidak lama kemudian lahirlah 2 pasangan kembar dari rahim Siti Hawa,
Pasangan kembar yg pertama diberikan nama Qabil dan adik perempuannya Iqlima,
Pasangan kembar yg kedua diberikan nama Habil dan adik perempuannya Labuda.
Nabi Adam dan Siti Hawa menerima kelahiran keempat putera-puterinya dengan,
gembira dan senang hatinya, walaupun Hawa telah menderita seperti lumrah diderita,
oleh tiap2 ibu yg melahirkan bayi.
Mereka berharap keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak-cucu yg akan,
berkembang membiak untuk mengisi bumi Allah dan menguasainya sesuai dengan amanat,
yg telah diberikan kepadanya.
Anak2nya itu telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan cinta,
mereka semua sudah pun menjangkau usia remaja dan mula memikul
tanggungjawab masing2...
Si gadis membantu ibu mereka dalam menguruskan rumahtangga,
manakala Qabil berusaha dalam bidang pertanian, sedang Habil
di bidang penternakan.
Apabila Nabi Adam melihat anak2nya yg makin menunjukkan
sifat aqil baligh mereka,
lalu Allah telah memberikan petunjuk kepada Nabi Adam
untuk kahwinkan kedua puteranya dengan kedua puterinya.
Maka Nabi Adam telah menyuruh Qabil berkahwin dengan
adik Habil yg bernama Labuda dan Habil dengan adik
Qabil yg bernama Iqlima.
Akan tetapi dengan tidak diduga dan disangka,
rencana yg diputuskan itu ditolak mentah2 oleh Qabil kerana tidak
mahu berkahwin dengan adik Habil, Labuda dengan alasan
Labuda hodoh dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima.
Qabil berhasrat mahu berkahwin dengan adiknya sendiri,
tetapi Nabi Adam harus menjaga kemurnian keturunan dan
menghindari hubungan kelamin yg bebas diantara putera-puterinya.
Lalu dengan bijaksana Adam telah mengusulkan agar menyerahkan
masalah perjodohan ini kepada Tuhan untuk menentukannya.
Caranya ialah masing2 dari Qabil & Habil harus menyerahkan
qurban kepada Tuhan, dengan catatan bahawa barangsiapa
diantara kedua saudara itu diterima qurbannya,
maka dia berhak menentukan pilihan jodohnya..
Kemudian Qabil & Habil menerima baik cadangan ayahnya,
Habil telah keluar dan kembali dengan membawa seekor kambing
yg paling disayangi di antara binatang2 peliharaannya,
manakala Qabil datang dengan sekarung gandum yg dipilihnya
dari hasil semaian yg rosak, kemudian diletakkan kedua
korban itu di atas sebuah bukit dan mereka menyaksikan
dari jauh apa akan terjadi pada dua qurban itu.
Tiba2 terlihat api besar yg turun dari langit lalu
menyambar kambing, binatang qurbannya Habil
sedangkan karung gandum kepunyaan Qabil
langsung tidak pun tersentuh oleh api dan tetap utuh.
Maka terbuktilah Habil adalah pemenang kerana
qurbannya telah diterima oleh Allah dan
Habil boleh membuat pilihan siapakah yg akan
menjadi isterinya.
.....................................................................................................................................................
Pembunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia & Penguburan Jenazah Habil.
Setelah semua keputusan dibuat,
Habil akan memperisterikan adik Qabil yg
bernama Iqlima akan tetapi Qabil tetap tidak berpuas hati
dengan keputusan yg qurbannya tidak diterima
dan dia harus berkahwin dengan adik Habil
yg bernama Labuda itu.
Lalu tersematlah dendam dan marah terhadap Habil
sehingga wujudnya perasaan untuk membunuhnya
pada kesempatan pertama dikala ayahnya tiada di rumah.
Tibalah disuatu masa, Nabi Adam ingin keluar
untuk mencari rezeki maka disuruhnya Qabil
untuk menjaga keselamatan rumahnya.
Selama itu Adam telah menasihati Qabil supaya
menjaga kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga
supaya terpelihara baik, jangan sampai terjadi hal2
yg mengeruhkan suasana atau merosak hubungan
kekeluargaan yg akrab dan intim.
Qabil menerima pesan dan amanat ayahnya
dia telah memberi jaminan kepada ayahnya
bahawa bila ayahnya pulang segalanya akan dalam
keadaan beres, normal dan menyenangkan.
Tetapi di dalam hatinya terselit niat jahatnya
yg ingin dilepaskan terhadap Habil, saudaranya.
Tidak lama selepas pemergian Nabi Adam,
Qabil telah bergegas ke ladang penternakan Habil.
Berkata kepada Habil " Aku ingin membunuhmu. Saatnya telah tiba untuk
aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini ".
"Apakah salahku?" tanya Habil "dan dengan alasan apakah
engkau ingin membunuhku?"
Oleh kerana telah terikut2 bisikan Iblis dan
dendam yg teramat terhadap Habil
Qabil telah melihat contoh pembunuhan yg telah
Iblis berikan iaitu terlihatlah
seekor burung yg telah dipukul kepalanya dengan seketul batu.
Maka dibunuhnya Habil ketika sedang nyenyak tidur.
Ketika itulah Qabil telah gelisah dan bingung apabila
melihat tubuh kaku Habil yg lama kelamaan akan busuk
dan mereput.
Tidak lama selepas itu Qabil telah terlihat seekor burung
gagak yg sedang menggali tanah dengan kaki dan paruhnya
lalu menyodok gagak lain yg sudah mati dalam pertarungan
ke dalam lubang yg telah digalinya dan menutupinya kembali
dengan tanah.
Allah S.W.T Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana,
tidak rela melihat mayat hamba-Nya yg soleh dan tak berdosa
itu tersia2 sedemikian rupa maka dipertunjukkanlah
kepada Qabil cara mengebumikan mayat Habil.
Lalu dikuburkan saudaranya itu mengikut petunjuk
yg telah Allah berikan.
Lalu pulangkah Nabi Adam dan bertanyakan
Qabil kemana perginya Habil tetapi
Adam telah menerima jawapan yg sangat kasar
dan Adam telah mendapat kesan bahawa puteranya
yg soleh, bertaqwa dan berbakti terhadap kedua org tuanya
itu telah mati dibunuh oleh Qabil dengan kejam.
Namun Nabi Adam berpasrah kepada Allah S.W.T
dan menerimanya sebagai takdir, seraya
bermohon dikurniakan kesabaran dan keteguhan iman
baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil.
........................................................................................................................................................
Begitulah kisah Qabil & Habil...
Nanti anis cerita kisah Nabi Idris pula..
Insyaallah... :)

No comments:
Post a Comment