Assalammualaikum Girls & Boys!!
Hari ni jom try resepi omellet maggie
Boleh masak untuk mak & ayah
Bahan2 simple sangat, semua dalam RM20 je,
So jom view bahan2...
1. Maggie yg bungkus tu apa2 je perisa kita nak
2. Telur dalam 6 biji
3. Minyak masak
4. Cili padi / Serbuk cili kalau suka pedas2
5. Perencah maggie jangan buang tu bahan wajib guna
6. Garam
7. Bawang besar
Langkah pertama!
Rebus 2 paket maggie untuk hidangan 4 org makan
Rebus selama 3 minit saje tau jangan lama2
Langkah kedua!
Sementara rebus tu,
Potong cili & bawang,
Letak bahan ketepi,
Then ambil telur tu basuh sikit ok,
Pecahkan ke dalam tupperware,
Kemudian,
Pukul telur sampai sebati,
Masukan cili & bawang,
Masukan perencah maggie tu semua tau...
Sambil tu teruskan sebatikan semua bahan tu
Masukan garam 2 cubit..
Langkah ketiga!
Keringkan maggie yg dah direbus tu dalam 5minit
Bahan semua dah sedia,
Panaskan pan dengan kuantiti 2sudu teh minyak,
Api sederhana saja jangan besar sangat nanti hangus,
Kemudian,
Campur maggie yg dah kering dengan bahan2 tadi,
gaul & sebatikan semuanya,
Bila minyak dah panas,
Guna senduk untuk masukan maggie & telur ke dalam pan,
pastikan maggie tu cover seluruh pan tu,
atau buat apa shape yg korg nak buat...
then jangan lupa alihkan bila dah masak dalam 5minit je
Siap semua,
Bolehla hidangkan dalam pinggan yg cantik2
Then potong ikut kreativiti masing2,
Siap untuk dimakan!!
*Boleh dimakan begitu sahaja or bersama nasi sebagai lauk!!
nyuuummmmm
SELAMAT MENCOBA GUYS!!

No comments:
Post a Comment