Assalammualaikum!

Assalammualaikum!

Thursday, 6 March 2014

Kisah Nabi Adam & Hawa

Assalammualaikum...

Jom hari ni anis nak kongsi kisah Nabi Adam & Hawa.




Sesungguhnya pada kisah2 mereka itu terdapat pengajaran (ibrah) bagi org2 yg mempunyai akal. 
(Yusuf 111).
........................................................................................................................................................

Allah telah menciptakan bumi, gunung-gunung,
lautan, tumbuh-tumbuhan, langit, matahari, bulan,
bintang, malaikat (untuk beribadat & menjadi perantara),
Kemudian Allah telah menciptakan sejenis makhluk lain,
untuk menghuni, mengisi bumi, memelihara, menikmati,
mengelola kekayaan yg terpendam di dalam bumi....
Dan berkembang biak turun temurun, waris mewarisi sepanjang masa yg telah ditetapkan-Nya...

Mulalah kekhawatiran para malaikat terhadap ciptaan Allah,
Malaikat khawatir jika makhluk lain itu akan lalai dalam beribadat,
dan akan bergaduh sesama sendiri tanpa disedari,
sehingga merosakan dan menghancurkan bumi Allah...
Sedangkan malaikat sentiasa berzikir, bertasbih, bertahmid,
dan melakukan ibadat tanpa henti....

Allah berfirman kepada para malaikat..
"Aku mengetahui apa yg kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yg mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, karena Allah S.W.T melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya"

Maka diciptakan Adam oleh Allah dari segumpal tanah liat,
kering dan lumpur hitam yg berbentuk...
Setelah disempurnakan bentuknya,
telah ditiupkan roh, ciptaan tuhan ke dalamnya,
dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yg sempurna....

Pada ketika itu,
Iblis telah membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah S.W.T,
para malaikat lain segera bersujud di hadapan Adam,
sebagai penghormatan bagi makhluk Allah S.W.T...
Tetapi...iblis tetap merasakan dirinya lebih agung, mulia dan utama,
kerana telah diciptakan dari unsur api...
Iblis menjadi sombong dan bongkak dan merasa rendah diri,
untuk bersujud hormat pada Adam walaupun diperintah Allah...

Kerana kesombongan & bongkak untuk melanggar perintah Allah,
maka Allah telah mengusir iblis dari syurga dan mengeluarkan Iblis,
dari barisan malaikat dengan disertakan kutukan dan laknat yg melekat,
pada dirinya sampai hari Qiamat dan ditempatkan bersama penghuni neraka...

Iblis memohon agar dirinya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga,
hari kebangkitan kembali di hari Qiamat.
Allah mengizinkan permohonannya..
Dengan beraninya iblis mengancam akan menyesatkan Adam,
sebagai sebab dirinya telah diusir dari syurga dan dikeluarkan,
dari barisan malaikat...iblis akan mendatangi anak2 keturunannya dari,
segala sudut untuk menghasut Adam meniggalkan jalan yg lurus,
mengajak melakukan maksiat dan hal2 terlarang...
Mengoda mereka supaya lalai akan perintah agama dan,
mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh...

Kemudian Allah berfirman :
"Pergilah engkau bersama pengikut2mu yg semuanya akan menjadi isi Jahannam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba2-Ku yg telah beriman kepada-Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yg mantap yg tidak akan tergoyah oleh rayuanmu, walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah"

........................................................................................................................................................

Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam,
yg sebelah kiri di waktu ia lagi tidur sehingga ketika ia terjaga,
ia melihat Hawa sudah berada disampingnya....

Allah telah menempatkan Adam & Hawa didalam syurga,
mereka menikmati segala makanan dan minuman yg lazat2...
Allah berpesan kepada Adam :
"Janganlah makan buah dari pohon ini yg akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk org2 yg dizalimi. Ketahuilah bahwa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan berdaya membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga tercabutlah kebahagiaan yg kamu sedang nikmati ini."

Adam dan Hawa telah didatangi ibli yg sangat berasa iri hati,
iblis ingin menyesatkan mereka lalu dihasut supaya memakan buah,
yg telah dilarang Allah dari memakannya..
Iblis mengatakan bahawa buah itu mampu menjadikan mereka,
malaikat dan akan hidup kekal....
Maka, Adam dan Hawa telah temakan hasutan itu dan,
memakan buah berkenaan...

Adam dan Hawa memohon keampunan kepada Allah,
dan mereka sedar telah melanggar perintah Allah,
mereka menyesal...
Allah telah menerima taubat Adam & Hawa serta,
mengampuni kesalahan mereka....

......................................................................................................................................................

Berfirmanlah Allah kepada mereka :
"Turunlah kamu ke bumi, sebagaian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagaian yg lain, kamu dapat tinggal tetap dan hidup di sana sampai waktu yg telah ditentukan."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi untuk menghadapi,
cara hidup baru yg jauh berlainan dari syurga...
Mereka harus menempuh hidup di dunia yg fana,
dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat,
manusia yg beraneka ragam sifat dan tabiatnya,
berbeda-beda warna kulitnya dan kecerdasan otaknya...

Umat manusia yg akan berkelompok-kelompok,
menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa,
di mana yg satu menjadi musuh bagi yg lain,
saling bunuh membunuh, menganiaya dan tindah menindas,
sehingga dari waktu ke waktu allah mengutus nabi2-Nya,
dan rasul2-Nya menuntun hamba2-Nya,
ke jalan y lurus penuh damai,
kasih sayang di antara sesama manusia,
jalan yg menuju kepada redha-Nya dan
kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat......

....................................................................................................................................................
Begitulah kisah Nabi Adam & Hawa diciptakan dan diturunkan ke bumi....
Nanti anis cerita pasal 2 Putera Nabi Adam iaitu Habil & Qabil....
Tentang "Pembunuhan pertama dalam sejarah manusia"...
Insyaallah....



Tuesday, 4 March 2014

Thank You So Much!! :)

Assalammualaikum Blogs!!

Aniskan, Aniskan, Aniskan....
Sayang sesiapa yg sudi jegah dekat blog,
Luahan hati anis ni...

Huhuhuh
Terharu...
Anis mengaku anis tak ada kawan rapat pun...
Sebab tu media sosial je la jadi teman karib anis,
Semua anis cerita dekat blog jela...

Tak minta popular ke apa...
Just suka nak share pendapat & luahan anis,
Bosan main FB & Twitter...
Hihihi

So try buat blog...
Kalau rasa blog anis ni teruk ke apa...
Komenla yerr...
Anis ok jerr...
Anis terima kritikan yg membina...
Jangan hina2 tau...

Sekurang anis mencuba untuk beritahu semua,
Yg dunia ni bukan kita saja yg tinggal,
Ada macam2 makhluk & banyak perasaan.....
So apa2 cadangan sila komen!!
TQ all !!!



Monday, 3 March 2014

Manusia Bersifat Dengki ;(

Assalammualaikum!!

Anis, tak faham betol dengan kawasan anis duduk,
Kawasan bukan kampung rumah bandar,
Tapi pemikiran kampung gila,
Semua tak suka family anis,
Anis punya mak buat mcm2 tak nak bergaduh...

Tapi dorg tetap tak puas hati myb sebab kami dulu,
Asal tempat lain tak sekampung dengan dorg,
Tapi teruk gila perangai dorg,
Kerja jaga tepi kain,
Kerja nak kutuk2 org tu je kerja...

Ya Allah...Serius anis rasa tak seronok ja duduk dalam,
Kawasan manusia yg ada sifat dengki dengan org lain,
Anis, kesian dekat org tua anisla,
Dorg dah tua, then org selalu cari pasal je...

Anis, mohon sangat org2 mcm ni tolong sedar diri,
Jangan suka nak jaga kain org jaa...
Nak dengki dengan org ja..
Rezeki ka apa semua Allah bagi..

Anis, kalau ada duit insyaallah nak beli rumah baru,
Pindah duduk tempat lain,
Tak suka nak bergaduh2 ni,
Bukan dapat pahala...
Dosa lagi dapat...
Yg dosa lama pun tak tertanggung2 ni kan pula,
Dosa mengumpat org....

Apa2 Allah maha mengetahui segalaNya,
Anis & keluarga sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga kami...
Allahhuakhbar!!

Saturday, 1 March 2014

Nak Pergi Melancong ;(

Assalammualaikum Dunia!!!

Hummmmm...
Nak cerita pasal tempat percutian idaman..
Anis lama tak pergi bercuti,
Tapi untunglah kawan kerja Anis,
Nak pergi bercuti Khamis depan...

Tak apa anis punya rezeki tak sampai lagi,
Ada rezeki anis nak bercuti dalam negeri je,
Pergi genting ke, pulau pangkor or pulau redang!!!
Hahaha
Mesti awesome...
Teringin sangat nak jalan2 jelajah Malaysia...

Anis, kalau nak melancong luar negara nak pergi,
Australia or pergi nak cruise pusing2,
Pulau krabi hihihi...
Berangan jela kan...

Anis ni mana ada masa nak bercuti,
Sedihkan, tak ada org nak bawa jalan2,
Ado pun susah,
So nak buat macam mana tunggu jela ada,
Kewangan yg kukuh insyaallah,
Anis nak rehat puas2,
Badan ni dah keras sangat letih bahu2...
 Sapa yg kerja mcm anis mesti faham penderitaan anis..

Kerja je 7 hari seminggu...
Cuti pun susah nak dapat...
Mcm anis pernah cakap kerja jadi kuli org haruslah tunduk...
Tak guna pangkat tinggi pun,
Semua benda kena buat tapi still KULI
Sekian!





Ya Allah..Indahnya alam-Mu...Insyaallah suatu hari nanti.. :))

Friday, 28 February 2014

Andai Kau Jodohku Yg Ditentukan Allah S.W.T

Assalammualaikum..

Mungin apa yg dirancang tak akan berlaku...
Ketentuan Allah...
Anis betul2 rasa sebak ja,
Air mata degil sangat nak keluar...

Anis sujud dalam setiap solat menitis air mata kedegilan,
Degil, sebab masih berharap cinta yg tak pasti tu,
Anis, tak tahu salah siapa...
Mungkin ni salah satu ujian yg Allah bagi...
Untuk anis kenal siapa dya yg Anis harapkan tu,
Itu rahsia-Nya...

Anis sentiasa doakan,
Andai dya jodohku,
Dekatkan diriku padanya,
Andai bukan jodohku,
Jauhkanla dya dariku,
Hilangkanla aku dari ingatannya....

Satu lagi ujian anis dalam seminggu ni,
Asyik dengar bisikan2,
Then nampak benda2 yg Anis tak pasti,
Anis takut tapi,
Bila jadi mcm tu anis berdoa kepada Allah,
Semoga semuanya selamat....

Anis, tak pernah menyesal dengan kisah lampau anis,
Sebab anis tahu dulu anis jahil,
Tapi belajarlah untuk memperbaiki segala sifat jahil tu,
Minta bimbingan @ beli buku2 ilmiah ada yg dari,
Ustaz Azhar Idrus (UAI) anis dah beli satu...
Alhamdulillah...

Thursday, 27 February 2014

Resepi Omellete Maggie :)

Assalammualaikum Girls & Boys!!

Hari ni jom try resepi omellet maggie
Boleh masak untuk mak & ayah

Bahan2 simple sangat, semua dalam RM20 je,
So jom view bahan2...

1. Maggie yg bungkus tu apa2 je perisa kita nak
2. Telur dalam 6 biji
3. Minyak masak
4. Cili padi / Serbuk cili kalau suka pedas2
5. Perencah maggie jangan buang tu bahan wajib guna
6. Garam
7. Bawang besar

 Langkah pertama!

Rebus 2 paket maggie untuk hidangan 4 org makan
Rebus selama 3 minit saje tau jangan lama2

Langkah kedua!

Sementara rebus tu,
Potong cili & bawang,
Letak bahan ketepi,
Then ambil telur tu basuh sikit ok,
Pecahkan ke dalam tupperware,

Kemudian, 
Pukul telur sampai sebati,
Masukan cili & bawang,
Masukan perencah maggie tu semua tau...
 Sambil tu teruskan sebatikan semua bahan tu
Masukan garam 2 cubit..

Langkah ketiga!

Keringkan maggie yg dah direbus tu dalam 5minit
Bahan semua dah sedia,
Panaskan pan dengan kuantiti 2sudu teh minyak,
Api sederhana saja jangan besar sangat nanti hangus,

Kemudian,
Campur maggie yg dah kering dengan bahan2 tadi,
gaul & sebatikan semuanya,

Bila minyak dah panas,
Guna senduk untuk masukan maggie & telur ke dalam pan,
pastikan maggie tu cover seluruh pan tu,
atau buat apa shape yg korg nak buat...
 then jangan lupa alihkan bila dah masak dalam 5minit je
 Siap semua, 
Bolehla hidangkan dalam pinggan yg cantik2
Then potong ikut kreativiti masing2,
Siap untuk dimakan!!

*Boleh dimakan begitu sahaja or bersama nasi sebagai lauk!!
nyuuummmmm
SELAMAT MENCOBA GUYS!!

P/s :- Ni contoh gambar je la k...anis amik kat google samala camni tapi org selalu panggil "Murtabak Meggi"
 

Wednesday, 26 February 2014

Kecantikan & Kesihatan

Assalammualaikum !!
Hola! Hola! Haiii !
Alhamdulillah...
Masih bernafas...

Humm hari ni topik "Kecantikan Vs Kesihatan"
Hahah...
Kalau nak cantik mesti kena jaga kesihatan dulu kan??
Kalau badan sihat, Insyaallah kita pun cantik...
Tapi kalau badan lemah je sbb sakit..
Mesti tak nampak cantik sebab ada yg kurang dalam badan...

Contohnya...
Anis ni memang kena minum banyak air masak & cukup tidur,
Kalau tak huhuh bahagia muka paling effect,
Nanti naik jerawat merah2 tu,
Mata lesu, bibir kering jerr...
Baru seminggu ni anis dah dapat effect...
Tambah dengan cuaca panas tak panas ni...

So nasihat Anis,
Banyak kan minum air suam 8 gelas,
Tapi kalau kerja ke study bawak bekas air,
Letak depan meja baru niat dahaga je mesti minum,
Kalau tak harapan nak minum sebab tak nampak air tu,
So kalau kat rumah pun sama boleh amal mcm Anis,
 Bawak botol air kemana je dalam rumah...

Sebelum tidur teguk sikit,
Bngun tidur teguk lagi,
Dah mandi teguk lagi,
Sampai buat apa pun mesti nak minum je...
Lama2 kulit tak la kering sangat...
Insyaallah badan sihat...

Then rehat bagi cukup2,
tidur awal kalau hari kerja pukul 11 malam ke,
10 malam ke sabab nanti nak bangun subuh pukul 6 pagi,
Dah mula dengan senaman solat subuh,
Insyaallah sihat badan...

Akhirnya jaga sistem pencernaan,
Maksudnya makan bnyak buah-buahan,
Tembikai, betik, & pisang yg paling basic la,
Kalau tak nanti badan ni banyak toksik,
Hahahah
Mana taknya Mcd, Kepsi & Piza lah...
Bukan tak boleh makan tau, bolehh...

Tapi seimbangkan la yeww....
Selamat Mencuba!!
Tips kulit cantik nanti Anis share....